Friday, November 18, 2011

KEM TAHFIZ AL-QURAN SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN.

Surau Taufiqiyah (STTPS) akan mengadakan Kem Tahfiz Al-Quran Sempena Cuti Persekolahan ini pada ketetapan berikut:-
Tarikh  : 21 November 2011 hingga 31 Disember 2011
Masa    : 8.00 pagi hingga 10.30 pagi ( Sesi 1)
             11.00 pagi hingga 12.30 tengahari  (Sesi 2)
Tempat: Surau Taufiqiyah Tmn Pinggiran Senawang.
** Pendaftaran bermula dari 21 Nov. hingga 26 Nov. 2011 pada mana-mana AJK STTPS.
** Pendaftaran bagi anak pertama RM 20.00 manakala bagi anak-anak yang seterusnya RM 10.00.
** Sijil disediakan.

KORBAN AIDILADHA 2011 / 1432H

STTPS telah mengadakan Korban Perdana 1432H dengan jumlah korban sebanyak 11 ekor lembu dan 1 ekor kambing. Bermula seawal jam 9.15 pagi dengan khidmat bakti sukarela ahli qaryah taman berjaya menyelesaikan ibadah korban ini tepat jam 1.00 tengahari. Terima kasih kepada semua yang terlibat.






SAMBUTAN AIDILFITRI 2011 / 1432H

 Sambutan Aidilfitri 1432H di Surau Taufiqiyah

 JK Tertinggi STTPS sempat bergambar kenangan bersama anak-anak yatim yang hadir.
. YB M.Taufek Abd. Ghani telah sudi meluangkan masa hadir ke majlis tersebut.