Friday, January 21, 2011

KULIAH SIFAT DUA PULUH - USTAZ SOFHAN

ISNIN HINGGA JUMAAT
31 Januari - 4 Februari

8.00 pagi hingga 10.00 pagi 
Surau Taufiqiyah Pinggiran Senawang.
Semua dijemput.

Wednesday, January 19, 2011

PROGRAM MAULIDUR RASUL 2011 / 1432 HIJRAH

JK Surau Taufiqiyah telah merangka beberapa acara untuk menyambut Maulidur Rasul tidak lama lagi. Insya Allah, satu mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana akan diadakan pada awal bulan Februari ini.

Friday, January 14, 2011

Penambahbaikan Fasa 3






Surau Taufiqiyah telah memulakan siri penambahbaikan  fasa yang ke 3 bermula hari Sabtu 8 Januari tempohari. Ia membabitkan perluasan sisi bangunan kiri dan kanan serta belakang. Jemaah yang ingin bersedeqah adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Saturday, January 1, 2011

Majlis Penutup Kem Huffaz Cuti Sekolah 2010



Majlis telah dilangsungkan dengan meriahnya di dewan solat Surau Taufiqiyah pada hari Jumaat 31 Disember selepas solat maghrib. Surau juga berbesar hati di atas kesudian YB Mohd Taufiq Abd Ghani ADUN Paroi menrasmikan Majlis Penutup Kem Huffaz ini.  Antara acara yang berjalan pada malam itu ialah persembahan qasidah dari para peserta kem serta penyampaian hadiah dan saguhati kepada peserta dan pegawai yang terlibat.