Thursday, December 30, 2010

PEMBESARAN SURAU

Surau Taufiqiyah akan memulakan proses pembesaran dan penambahbaikan kali ketiga bermula pada 3 Januari 2011. Sebarang kesulitan kepada para jemaah amat dikesali.

MAJLIS PENUTUP KEM HUFFAZ CUTI SEKOLAH

Surau Taufiqiyah akan mengadakan Majlis Penutup Kem Huffaz pada ketetapan berikut :

Hari    : Jumaat ( 31 Disember )
Masa  : Selepas Maghrib

Selain dari penyampaian sijil dan hadiah, beberapa persembahan hafazan dan tilawah al-Quran akan di adakan oleh sebahagian peserta hufaz. Semua jemaah dijemput hadir.

Tuesday, December 28, 2010

KEM HUFFAZ CUTI SEKOLAH 2010





Kem Huffaz telah berjalan selama hampir sebulan di Surau Taufiqiyah. Kira-kira 300 orang pelajar telah menyertai program tersebut. Selain daripada matlamat untuk melahirkan para hafiz, program ini juga bagi mengisi masa terluang di musim cuti sekolah ini agar masa anak-anak kita tidak menjadi sia-sia. Terima kasih kepada semua ibubapa penjaga yang telah memberikan kerjasama dalam menyokong segala program yang dijalankan oleh Surau Taufiqiyah. Segala sumbangan masa, wang ringgit dan tenaga yang telah diberikan pasti akan dibalas oleh ALLAH Taala. Insya Allah.
GAMBAR TERKINI PROGRES PENAMBAIKAN SURAU SETAKAT 23 JULAI 2010.
surau3 surau4 surau5 surau6 surau7 surau8 surau 1 CIMG2520

KENDURI HARI KEMERDEKAAN

KENDURI (4) KENDURI (1) Para Jemaah sedang menikmati juadah secara hidangan talam.Kelihatan juga orang2 kuat surau sedang berbincang masalah negara. Kemesraan terjalin erat, duduk tersandar ditiang botol. ukhuwwah menjadi semakin kuat, apa dibuat insya Allah semuanya betul..aminn.                                                               KENDURI (2) KENDURI (3) KENDURI (7)
Dua orang adik cilik kita sedang mempersembahkan sajak kemerdekaan. Mereka membacakan sajak itu dengan penuh semangat. Semoga mereka menjadi muslim dan muslimat sejati. Amin.                                        
KENDURI (8)KENDURI (11) KENDURI (13)
Telah diadakan Kenduri sempena kemerdekaan dan sambutan Ramadhan. Kelihatan En Rahman yang paling sibuk pada malam tersebut. Steady En Rahman...!
CIMG2567 CIMG2568CIMG2559
Maha Suci Allah.. yang telah mengizinkan surau ini telah boleh digunakan untuk Ramadhan 1431 H ini. Kini surau boleh menampung kira2 500 jemaah dalam satu-satu masa. Oleh itu, wahai semua ahli qaryah Tmn Pinggiran Senawang. Marilah kita makmurkan surau ini semakmur-makmurnya dalam bulan Ramadhan ini seterusnya berpanjangan ke bulan-bulan seterusnya selagi mana hayat kita dipanjangkan Allah. Amin.

Monday, December 27, 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN ANAK-ANAK TAMAN PINGGIRAN SENAWANG

Kami dah sedia ni..!

Sila buka al-Quran sekarang
Pada hari Jumaat 10 Disember yang lalu, surau telah mengadakan majlis khatam al-Quran untuk anak-anak Taman Pinggiran Senawang. Kira-kira 20 orang peserta telah terlibat lelaki dan perempuan. Keesokan harinya, beberapa orang di antara mereka telah menjalani upacara khatan beramai-ramai.
Imam Hamidi mengepalai upacara khatam al-Quran

CERAMAH SHEIKH NURUDDIN MARBU AL-BANJARI


Alhamdulillah, pada hari Ahad malam Isnin (26 Disember) tempohari, Surau Taufiqiyah telah didatangi oleh Ulama' yang tidak asing lagi, al-fadhilatus- Sheikh Nuruddin Marbu al-Banjari. Terima kasih pada semua yang terlibat. Kehadiran pada malam itu sangat memberangsangkan. Semoga kita semua mendapat pahala seperti yang dijanjikan Allah. Amin

Sunday, December 26, 2010

AKTIVITI HARI SABTU DAN AHAD

KELAS DHUHA MUSLIMAT DI SURAU TAUFIQIYAH

KELAS DHUHA TAHFIZ MUDA DI SURAU TAUFIQIYAH