Sunday, January 1, 2012

SEKITAR MAJLIS PENUTUPAN KEM TAHFIZ 2011

  

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Tn Hj Md Taufek Abd Ghani ADUN Paroi. Seramai 300 orang peserta tahfiz telah menerima sijil dan hadiah dengan 46 peserta orang berjaya menamatkan hafazan juzuk 30.  Terima kasih di atas segala sumbangan bagi menjayakan kem tahfiz sempena cuti sekolah ini.  

Tuesday, December 20, 2011

MAJLIS PENUTUP KEM TAHFIZ AL-QURAN 2011

Tarikh  : 31 Disember 2011 (SABTU)
Masa  : Selepas Maghrib
Tempat : Dewan Solat Surau Taufiqiyah

Friday, December 16, 2011

PROGRAM SENTUHAN KASIH REMAJA 2011

Program anjuran HELWI Surau Taufiqiyah akan diadakan pada hari Sabtu 17 Disember 2011. Pelbagai aktiviti disediakan seperti slot kesihatan bersama Pegawai Perubatan Hospital Besar Seremban. Juga slot Tanyalah Ustazah bersama Ustazah Razidah, Pensyarah ILIM Bangi.
Semua remaja dan kaum ibu dijemput hadir.

Thursday, December 8, 2011

MAJLIS KHATAN PERDANA 2011 TMN PINGGIRAN SENAWANG

Surau akan menganjurkan Majlis Khatan Perdana 2011 pada ketetapan berikut:
Tarikh  : 11 Disember 2011 (AHAD)
Masa  : Jam 8.00 pagi
Tempat : Surau Taufiqiyah.

SEPETANG BERSAMA ISTERI MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

HELWI Surau Taufiqiyah bersama kaum ibu dijemput hadir untuk bersama dengan isteri Menteri Besar Negeri Sembilan YM Raja Datin Seri Salbiah Binti Tengku Nujumudin dalam Program Bacaan Yasin dan Ma'thurat Wanita pada :
Tarikh   : 9 Disember 2011 (JUMAAT)
Masa  : Selepas Solat Asar 
Tempat : Surau Taufiqiyah TPS.